HINDARILAH SIFAT MEMBAZIR !!!

Posted by :: Kota Agama :: | Posted in

Sebagaimana kita tahu bahawa Agama Islam amat melarang umatnya melakukan amalan pembaziran sama ada dalam urusan perniagaan, urusan seharian kita dan sebagainya. Apabila seseorang itu melakukan amalan sebegini ia akan merugikan kita apabila sampai waktunya untuk kita memerlukan duit. Apabila kita senang kita tidak bersyukur dengan nikmat kesenagan begini, malahan sesetengah umat Islam di dunia sudah lupa dengan janjinya pada Allah S.w.t. dengan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit. Cuba kita renungkan......

Iman As-Syafie telah mendifinasikan pembaziran itu dengan pengertian membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran, tetapi tidaklah pula dikatakan membazir jika ia dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajika, definasi ini telah dipersetujui olah jamhur ulama. Amalan pembaziran itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

1.) Amalan pembaziran harta.
2.) Amalan pembaziran masa.
3.) Amalan pembaziran tenaga.

Ketiga-tiga kategori ini boleh berlaku tanpa disedari oleh kita semua dengan mengejar kekayaan dunia malahan sanggup lupa dengan kekayaan akhirat sana. Kita sekarang terlalu ghairah mengejar cita-cita kita di dunia ini.

Akhir kata saya, marilah kita bersama-sama mengamalkan sifat berjimat cermat ini dan bersederhana serta menjauhi sifat membazir bagi tujuan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. malahan dengan mengamalkan sifat berjimat cermat ia akan mendatangkan banyak faedah kepada diri kita dalam banyak perkara diantaranya :

1.) Dengan mengamalkan sikap bersederhana ini di dalam perbelanjaan atau pekerjaan ini akan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah S.w.t.

2.) Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ini dapatlah menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu kita sendiri.

3.) Dengan mengamalkan sikap sederhana ini membolehkan kita untuk bersedekah pada jalan Allah S.w.t., lebih-lebih lagi dengan menunaikan zakat yang pastinya sekali melengkapkan lagi penyempurnaan rukan Islam kita ini.

4.) Jika kita mempunyai banyak wang, janganlah kita menghabiskannya ataupun simpankanlah di dalam bank mana-mana pun di Malaysia ini kerana dengan simpanan itu dapatlah menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

TIDUR & SOLAT TAHAJUD....

Posted by :: Kota Agama :: | Posted in


SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya pada tengah malam ataupun lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai " shalatulail ". Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpim Islam kerana Rasulullah S.a.w. dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hanyat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi Muhammad S.a.w. mengenai perkara ini.
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

"Allah S.w.t. suka kepada orang-orang yang selalunya mengikuti segala perintahnya dan ganjaran kepada orang-orang yang mengikuti segala perintahnya adalah syurga..."

TIPS MEMBACA.....

Posted by :: Kota Agama :: | Posted in


> Pastikan tempat membaca dalam keadaan kemas, bersih dan selesa.
> Bahagikan bab yang hendak dibaca kepada beberapa bahagian kecil.
> Tetapkan masa dan bilangan muka surat yang hendak dibaca.
> Elakkan membaca sambil berbaring dan mendengar suara-suara yang bising.
> Pastikan anda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.
> Gunakan pen yang pelbagai warna untuk mencatat nota.
> Membaca dalam suasana yang terang.
> Duduk dengan selesa ketika membaca.
> Elakkan daripada pelbagai gangguan.
> Bersihkan diri.

"Dengan mengikuti segala tips yang telah diberikan di atas... Isyaallah segala yang dibaca itu akan ingat sampai bila-bila masa sahaja sama ada di dunia ini ataupun di akhirat sana..."

ANAK SOLEH PEMANGKIN KELUARGA MITHALI...

Posted by :: Kota Agama :: | Posted in


Pendahuluan.....

Allah S.w.t. telah berfirman yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat - malaikat yang kasar dan keras serta tidak menderhakai Allah S.w.t. terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "

Keluarga merupakan suatu institusi penting dalam membentuk keimanan serta keperibadian yang terunggul. Ia juga menjadi tempat tumpuan masyarakat sekeliling bagi menilai kebaikan atau keburukan dalam sesebuah keluarga. Dengan demikian menjadi tanggungjawab kepada setiap insan untuk membentuk keluarganya ke arah kebaikan dan kebahagiaan. Setiap keluarga bertekad untuk melakukan amalan-amalan yang telah diperintahkan oleh Allah S.w.t. kepada hambanya.

Ciri-Ciri Keluarga Mithali...

1.) Keluarga yang berpendidikan Islam, teguh, tenang dan damai sesama keluarga.
2.) Suasana sentiasa riang dan gembira.
3.) Menjauhi perkara-perkara haram dan syubhat yang telah dilarang oleh Allah S.w.t.
4.) Ahli keluarga yang mendirikan sembahyang dan menunaikan tanggungjawab agama.

Tanggungjawab Ibubapa Terhadap Anak-Anak...

1.) Kedua ibubapa hendaklah menitikberatkan didikan anak-anak dengan
didikan Islam semenjak kecil lagi.
2.) Ibubapa hendaklah menghantar anak-anak ke pusat pengajian yang
berunsurkan Islam seperti tempat pengajian Al-Quran, bahasa Arab, Hadis
dan ilmu duniawi yang sesuai dengan Islam.
3.) Hendaklah menjauhi anak-anak dari tempat-tempat syubhat, maksiat
dan jauhi daripada kawan-kawan yang tidak berpendidikan.
4.) Kedua ibubapa hendaklah menunjukkan tauladan dan contoh
yang terbaik kepada anak-anak.

Tanggungjawab Anak-Anak Terhadap Ibubapa...

1.) Mentaati kedua ibubapa selama mereka mentaati Allah dan Rasulnya.
2.) Tidak meninggikan suara di hadapan ibubapa.
3.) Tidak membantah perintah ibubapa.
4.) Sentiasa berdoa untuk kebaikan kedua ibubapanya.
5.) Sentiasa memohon maaf kepada kedua ibubapanya.

Penutup...

Kenangkanlah jasa kedua orang tua dengan sentiasa berakhlak mulia dan berbuat kebaikan kepada ibubapa selagi hayat mereka masih ada. Jangan kita menjadi umpama bak pepatah melayu "Kacang Lupakan Kulit". Justeru itu, pendidikan Islam menjadikan teras dalam melahirkan anak-anak mithali dalam sesebuah keluarga dan masyarakat.