HINDARILAH SIFAT MEMBAZIR !!!

Posted by :: Kota Agama :: | Posted in

Sebagaimana kita tahu bahawa Agama Islam amat melarang umatnya melakukan amalan pembaziran sama ada dalam urusan perniagaan, urusan seharian kita dan sebagainya. Apabila seseorang itu melakukan amalan sebegini ia akan merugikan kita apabila sampai waktunya untuk kita memerlukan duit. Apabila kita senang kita tidak bersyukur dengan nikmat kesenagan begini, malahan sesetengah umat Islam di dunia sudah lupa dengan janjinya pada Allah S.w.t. dengan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit. Cuba kita renungkan......

Iman As-Syafie telah mendifinasikan pembaziran itu dengan pengertian membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran, tetapi tidaklah pula dikatakan membazir jika ia dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajika, definasi ini telah dipersetujui olah jamhur ulama. Amalan pembaziran itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

1.) Amalan pembaziran harta.
2.) Amalan pembaziran masa.
3.) Amalan pembaziran tenaga.

Ketiga-tiga kategori ini boleh berlaku tanpa disedari oleh kita semua dengan mengejar kekayaan dunia malahan sanggup lupa dengan kekayaan akhirat sana. Kita sekarang terlalu ghairah mengejar cita-cita kita di dunia ini.

Akhir kata saya, marilah kita bersama-sama mengamalkan sifat berjimat cermat ini dan bersederhana serta menjauhi sifat membazir bagi tujuan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. malahan dengan mengamalkan sifat berjimat cermat ia akan mendatangkan banyak faedah kepada diri kita dalam banyak perkara diantaranya :

1.) Dengan mengamalkan sikap bersederhana ini di dalam perbelanjaan atau pekerjaan ini akan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah S.w.t.

2.) Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat ini dapatlah menyelamatkan kita daripada muflis akibat hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu kita sendiri.

3.) Dengan mengamalkan sikap sederhana ini membolehkan kita untuk bersedekah pada jalan Allah S.w.t., lebih-lebih lagi dengan menunaikan zakat yang pastinya sekali melengkapkan lagi penyempurnaan rukan Islam kita ini.

4.) Jika kita mempunyai banyak wang, janganlah kita menghabiskannya ataupun simpankanlah di dalam bank mana-mana pun di Malaysia ini kerana dengan simpanan itu dapatlah menjamin hidup kita di saat menghadapi kesusahan.

Comments (0)

Catat Ulasan